Connect with us

Global

Tular rambut pelajar penuh kutu, cikgu bantu gunting & bersihkan

Tular sebuah video di media sosial seorang cikgu di Jakarta yang memaparkan dia bersama rakan sekerjanya memotong rambut dan membersihkan kepala pelajarnya yang penuh dengan kutu.

Video cikgu yang prihatin itu menjadi tular selepas dikongsi oleh pengguna akaun TikTok yang bernama @zeraazzahra. Dalam video tersebut menunjukkan keadaan rambut pelajar itu yang dipenuhi dengan kutu.

Cikgu itu menyatakan bahawa tugasnya bukan hanya mengajar pelajarnya namun turut menjaga kesihatan dan kebersihan para pelajarnya.

Menurut cikgu itu lagi, sebelum ini dia perasan pelajar itu kerap menggaru kepala saat dia sedang mengajar. Kemudian ada seorang pelajar lain memberitahu ada kutu yang berjalan di tudung pelajar itu.

Advertisement

Dalam video itu, kelihatan cikgu berkenaan membawa pelajarnya keluar dari kelas. Cikgu itu kemudiannya mula menggunting rambut pelajar itu sedikit demi sedikit.

Cikgu itu kemudian meminta seorang cikgu lain membantu menyikat rambut pelajar tersebut. Sementara itu, dia bertanya kepada pelajar berkenaan sama ada ibunya tahu rambutnya dipenuhi kutu.

“Saya tanyain terus, nak apa ibumu tahu kalau kamu sampai kayak gini?”

“Tahu bu tapi ibu repot kerja terus,” jawab pelajar itu.

Cikgu tersebut menjelaskan pelajar itu memakai tudung setiap hari di sekolah sehingga menyebabkan rambutnya menjadi lembap dan memudahkan kutu itu membiak.

Advertisement

Apabila rambut pelajar itu disikat, kelihatan banyak kutu jatuh dari rambutnya. Tudung putih yang digunakan sebagai alas membuatkan jumlah kutu yang gugur kelihatan sangat banyak.

Sehingga kini video itu telah mencatat lebih daripada 30 juta tontonan. Ramai juga yang memberi komen kasihan terhadap pelajar itu dan ada juga yang memuji sikap prihatin cikgu tersebut yang membantu pelajar itu.

Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel