Connect with us

Global

Peminat Raja Charles III Nyaris Ditembak Secara ‘Live’ Gara-Gara Sergah Konvoi Diraja

Seorang peminat kerabat diraja hampir menempah maut selepas berlari di hadapan Rolls Royce milik Raja Charles III untuk mengambil gambar, menurut seorang veteran pasukan khas.

Insiden itu berjaya dirakam dalam siaran langsung Sky News berhampiran persimpangan Savoy Circus, di East Acton, London.

Difahamkan bahwa, Raja Charles sedang dalam perjalanan dari Westminster Hall ke RAF Northholt apabila konvoinya dihampiri oleh seorang lelaki, yang kemudian mengeluarkan kameranya.

Lelaki yang memakai baju putih dan seluar biru itu telah mengejar kereta yang dinaiki Raja Charles kira-kira 100 meter sebelum meluru ke jalan raya melintasi dua lorong lalu lintas untuk merakam gambar Raja.

Advertisement

Pegawai perlindungan, yang berada di belakang Raja melompat keluar dari kenderaan mereka untuk memintas lelaki itu, yang diarah agar menjauhi Rolls Royce milik raja.

Tindakan peminat itu hari ini dianggap sebagai ‘gila’ oleh bekas anggota elit Perkhidmatan Udara Khas (SAS) Britain.

Phil Campion, seorang Sarjan bersara di 22 SAS, berkata jurugambar yang melulu itu hanya ‘beberapa saat sahaja dari kematian’.

“Pegawai perlindungan tidak mendapat banyak masa untuk mengetahui sama ada orang itu adalah ancaman atau tidak. Dia mungkin berada dalam jarak milisaat daripada kematian,” kata Phil Campion.

Polis bersenjata lengkap dan perkhidmatan keselamatan membentuk pasukan di luar Istana Holyroodhouse dan Katedral St Giles. Lebih kurang 10,000 pegawai bersedia dalam operasi keselamatan terbesar yang pernah dilihat negara.

Advertisement

Pegawai polis, pakar dan pegawai perisikan difahamkan telah membatalkan cuti mereka sebagai sebahagian daripada tugas keselamatan besar-besaran untuk pengebumian Ratu.

@malaysianupdatenews Peminat Raja Charles III Nyaris Ditembak Secara ‘Live’ Gara-Gara Sergah Konvoi Diraja. #malaysianupdate #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #global ♬ Suspense – ligarmusic

Sumber: Daily Mail


Jemput subscribe 👉 https://bit.ly/3zmvvMC

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel