Connect with us

Jenayah

Bomba Selamatkan Budak Terkurung Dalam Bilik, Dipercayai Mangsa Dera

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai mangsa dera diselamatkan bomba di sebuah kondominium Jalan Cahaya, Ampang di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata kanak-kanak warga tempatan yang dikurung dalam bilik itu cuba melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat kondominium berkenaan.

“Kejadian tersebut disedari oleh orang awam dan pengawal keselamatan bertindak memecahkan pintu rumah sebelum ketibaan bomba.

“Kanak-kanak itu telah diselamatkan dan dipercayai didera. Kes telah diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel