Connect with us

Global

20 pelombong emas tertimbus di Kalimantan Barat

Seramai 20 pelombong tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, kata ketua operasi menyelamat pada Sabtu.

Kejadian berlaku di kampung Kinande daerah Bengkayang pada Khamis, namun anggota penyelamat hanya dimaklumkan mengenai insiden itu pada Jumaat, kata Eryk Subaryanto.

“Kami menerima maklumat pada Jumaat dan segera menghantar anggota kami ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi agensi berita Xinhua.

Beliau berkata operasi menyelamat mengalami kesukaran susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu, lokasi lombong yang jauh dan kekurangan kemudahan komunikasi.

Advertisement

Misi mencari dan menyelamat melibatkan tentera, kakitangan agensi pengurusan bencana dan mitigasi tempatan serta penduduk kampung, katanya.

– Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel