Connect with us

Global

Tetak ibu sampai mati demi wang pusaka RM50,000

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki dari Bandar Raya New York, Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah atas tuduhan membunuh ibu sendiri bagi mendapatkan wang pusaka bernilai AS$11,000 (RM49,890), lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Tertuduh, Jared Eng, mengaku menyebabkan kematian Paula Chin dalam kejadian yang berlaku dalam sebuah apartmen di kawasan kejiranan Tribeca, Manhattan pada 2019.

Jared berdepan hukuman penjara minimum 18 tahun atau maksimum seumur hidup yang akan diputuskan dalam satu persidangan mahkamah pada 18 Oktober depan.

Lelaki itu memukul dan menetak ibunya semasa bertengkar manakala salah seorang teman wanitanya, Jennifer Lopez membantu tertuduh membersihkan lokasi kejadian.

Advertisement

Pasangan itu kemudian didakwa membawa mayat Paula ke sebuah rumah di Morristown, New Jersey, di mana mereka didakwa bertemu dengan Caitlyn O’Roure, seorang lagi kekasih Jared.

O’Rourke didakwa membantu Jared dan Lopez membuang mayat mangsa ke dalam bekas sampah yang membawa kepada penemuan polis dengan beberapa kesan tikaman dan objek tumpul pada kepalanya.

Polis turut menemui sarung tangan getah berdarah dan pita pelekat di kedua-dua rumah itu serta mesej teks daripada Lopez kepada O’Rourke yang memberitahu bahawa pangsapuri Tribeca telah dibersihkan.

Dalam mesej teks lain, Jared turut menulis ‘saya telah bebas, masalah sudah disingkirkan’, demikian menurut pendakwa raya.

Tertuduh menafikan dakwaan membunuh semasa mula-mula ditahan dan memberitahu polis bahawa dia pergi ke New Jersey untuk mendapatkan koleksi syiling yang disimpan di rumah milik keluarganya bagi membayar sewa. – Agensi

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel