Connect with us

Terkini

Anak setia menunggu untuk beraya bersama pada hari pembebasan ayah setelah 13 tahun di penjara

Di luar sana ramai bekas banduan yang dipinggirkan daripada orang terdekat terutamanya keluarga sendiri setelah bertahun-tahun berada di dalam penjara. Ini menjadikan mereka lebih tercabar untuk memulakan kehidupan baru kerana sudah kita sedia maklum dengan memiliki gelaran ‘bekas banduan’, ramai yang akan memandang enteng dan takut dengan mereka.

Meskipun begitu, seorang bekas banduan yang juga merupakan seorang ayah beruntung memiliki anak-anak yang setia menunggu di hari pembebasan beliau setelah 13 tahun dihukum di Penjara Kajang. Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama hudaamy92, pada hari pembebasan tersebut, ayah mereka disambut baik oleh anak-anak. Dapat kita lihat betapa gembiranya seorang ayah dari jauh terus memeluk erat anak-anak untuk melepaskan rindu.

Di bawah video tersebut, tuan punya video menulis, sudah 5 tahun ibu mereka meninggal dunia. Namun, raya tahun ini dapat disambut dengan lebih bermakna bersama ayah mereka di sisi.

Meninjau pada ruangan komen dalam video tersebut, seorang petugas penjara yang bertugas menjaga ayah mereka di penjara Kajang turut berkongsi cerita dengan mengatakan ayah mereka adalah seorang yang sangat baik sepanjang menjadi banduan di sana.

Advertisement

Ramai orang turut berasa sebak selepas melihat anak-beranak itu bersatu semula selepas 13 tahun. Keluarga ini dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi kerana anak-anak tetap menerima dengan baik kehadiran ayah mereka walaupun bergelar bekas banduan. Semoga kita semua tidak memandang serong pada golongan ini kerana kita tidak berada di kasut mereka dan tidak tahu apa-apa tentang kehidupan silam mereka. Yang lepas biarkanlah berlalu.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
@malaysianupdatenews Anak setia menunggu untuk beraya bersama pada hari pembebasan ayah setelah 13 tahun di penjara. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel