Connect with us

Global

Polis menahan pencuri motor ketika sedang menonton wayang bersama kekasih

JAKARTA – Ketika sedang menonton wayang bersama kekasih, seorang lelaki telah berjaya ditahan oleh pilhak polis atas tuduhan jenayah mencuri motosikal.

Sebuah klip video telah tular di seluruh media sosial Indonesia menunjukkan situasi saat-saat lelaki terbabit diberkas oleh pihak polis. Video tersebut telah dimuat naik di Instagram milik @terangmedia. Kejadian itu telah terjadi di wilayah Lampung. Suspek ketika itu memakai baju kemeja dan sedang duduk di sebelah seorang wanita yang dipercayai kekasihnya.

Menerusi video terbabit, dapat dilihat beberapa orang polis berpakaian seperti orang awam telah memasuki ke sebuah panggung wayang dan lantas menahan suspek yang sedang duduk di kerusi penonton.

Suspek kelihatan ‘redha’ serta tidak melawan ketika ditahan pihak polis. Polis turut membuat pemeriksaan badan sebelum membawanya keluar dari panggung wayang itu.

Advertisement

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Terdapat juga yang komen tidak setuju dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak polis dengan mengatakan “sepatutnya pihak polis menunggu dahulu sampai filem yang suspek sedang menonton habis kerana berasa kasihan kepada kekasihnya dan perlu meminta izin kekasihnya untuk membawa suspek ke balai polis untuk soal siasat”. Apa kata anda?

 

@malaysianupdatenews Polis tahan pencuri motor ketika sedang menonton wayang bersama kekasih. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel