Connect with us

Terkini

Jual motor kesayangan untuk mula berniaga di bazar tetapi diuji sakit, berharap dapat balik modal sebelum raya

Terdapat banyak bazar Ramadan di sekitar kawasan perumahan seluruh negara dan kemeriahan pada tahun ini lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Walaupun harga makanan meningkat tetapi masih ramai lagi memilih untuk membeli juadah berbuka puasa di situ.

Meskipun begitu, ada juga peniaga bazar terpaksa bergolok gadai sehingga sanggup menjual motor kesayangan untuk dijadikan modal perniagaan. Ini kisah seorang peniaga air balang yang berniaga di bazar Ramadan di Taman Seri Aman di Jitra, Kedah.

Video luahan isteri peniaga tersebut telah tular di laman TikTok. Video tersebut memaparkan ujian besar yang terpaksa ditempuh sejak mula berniaga pada awal Ramadan lalu.

Laporan temu bual yang dipetik daripada mStar, isteri peniaga, Nurul Fariza Che Nu berkata, suaminya pertama kali berniaga air balang tahun ini di bazar Ramadan. Kerana tidak mahu berhutang dengan sesiapa, suaminya terpaksa menjual motosikal kesayangan untuk dijadikan sebagai modal berniaga.

Advertisement

Suaminya pernah berniaga bekal makanan laut ke restoran, tetapi ada juga ujian yang perlu dihadap dan terpaksa mencari penyeselaian lain untuk menambah duit poket serta bayar komitmen bulanan.

Kemudian, suaminya terpaksa menjual motor sebab kekangan kewangan untuk dijadikan modal nak membuka gerai yang perlu dibayar sebanyak RM2000 untuk membeli balang dan kelengkapan lain.

Walaupun selepas berjaya berniaga, dugaan berniaga tetap ada iaitu kos yang tinggi dan dalam masa yang sama mereka mahu menjual dengan harga mampu dibeli oleh pelanggan.

Ada hari air balang tak habis, jadi hal demikian tidak dapat bawa balik modal dan air-air yang tidak dapat habis akan dibungkus untuk disedekahkan seperti di surau.

Lebih memilukan, terdapat juga hari yang mana mereka hanya mendapat jualan sebanyak RM100 sahaja belum tolak kos ais batu dan barang-barang lain lagi.

Advertisement

Mereka juga diuji pada hari hujan dan ribut di belah petang ketika gerai baru hendak dibuka dan sampai ke malam pun masih hujan lagi, jadi banyak air tidak dapat dijual kerana tiada pembeli.

Selepas beberapa hari mula berniaga di bazar, suaminya yang berusia 40 tahun itu telah sakit selama seminggu.

Suaminya terkena demam panas dan terpaksa berehat di rumah selama seminggu. Jadi, Nurul terpaksa meminta bantuan sepupu dan ibu saudara untuk sama-sama membantu menguruskan gerai air balang itu.

Kini, suaminya telah sembuh sepenuhnya dari terkena jangkitan kuman dan mengambil alih semula gerai tersebut.

Nurul turut berkata bahawa beliau sedih melihat suaminya yang sudah bersusah payah melakukan yang terbaik untuk memulih ekonomi keluarga mereka.

Advertisement

Nurul juga berasa sangat terkesan dengan apa yang telah berlaku baru-baru ini dan turut berharap ekonomi keluarga mereka kembali stabil dan mampu untuk membayar komitmen bulanan seperti rumah, kereta dan bil-bil.

Mereka berharap dikurniakan rezeki sebelum bulan Ramadan berakhir dan akan mendapat pulangan yang lebih baik.

Kepada sesiapa yang duduk berdekatan bolehlah beri sokongan kepada suami isteri ini yang berniaga di bazar Ramadan di Taman Seri Aman di Jitra, Kedah.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Jual motor kesayangan untuk mula berniaga di bazar tetapi diuji sakit, berharap dapat balik modal sebelum raya. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel