Connect with us

Terkini

V. Sivakumar Arah Siasat Dakwaan ‘Rider’ Dizalimi Syarikat Penghantar Makanan

KUALA LUMPUR — Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap dakwaan seorang penghantar makanan yang dia dizalimi oleh sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, yang tular baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Twitter beliau, Sivakumar berkata pegawai kementerian itu akan menghubungi syarikat berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Saya ambil maklum dan telah mengarahkan pegawai saya… untuk menyiasat dan selesaikan isu ini dengan segera,” katanya di Twitter hari ini.

Semalam, media melaporkan penghantar makanan berkenaan, Muhd Saifuddin Mustafa, 28, menzahirkan kekecewaan apabila mendakwa gaji yang diterimanya hanya RM500 dan bukan RM800 seperti yang sepatutnya.

Advertisement

Video luahan kekecewaan individu yang dimuat naik di aplikasi TikTok menggunakan akaun saifulxander tular baru-baru ini, mendapat lebih 900,000 tontonan, setakat ini.

Pendapatan pekerja P-Hailing akan dikawal selia APAD – MOT
Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 yang diluluskan di Dewan Negara hari ini antara lain bagi membolehkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengawal selia syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan seramai sembilan senator di Dewan Negara, semalam.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata rang undang-undang itu bertujuan untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 iaitu Akta 715 bagi mengawal selia perkhidmatan kenderaan barangan termasuk penggunaan motosikal dalam perniagaan pengantaraan perkhidmatan p-hailing.

“Isu-isu dibangkitkan diambil maklum dan merupakan perkara yang menjadi asas kenapa kerajaan mengambil keputusan untuk mengawal selia industri ini. Perkara-perkara terbabit kelak akan dikawal selia oleh pihak APAD,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Abun Sui Anyit yang ingin mengetahui apakah tindakan Kementerian Pengangkutan bagi menangani isu manipulasi sistem operator yang dilihat sebagai menindas pendapatan yang dijana penunggang p-hailing dalam ucapan penggulungan kementerian itu di persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Sumber: Bernama

@malaysianupdatenews Semoga dipermudahkan urusan abang panda ni dan masalah ni dapat diselesaikan secara baik.🤲 #malaysianupdate #videoviral #trending #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel