Connect with us

Terkini

Video tular lelaki mabuk hambur kata-kata kesat pada wanita telah ditahan polis

Port Dickson: Seorang lelaki yang dipercayai mabuk telah ditahan polis apabila telah menghamburkan perkataan kesat kepada wanita di tempat letak kenderaan di hadapan kedai serbaneka di Bandar Springhill pada malam semalam.

Menurut laporan yang dipetik daripada Harian Metro, ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis telah menahan lelaki yang berusia 38 tahun tersebut untuk disoal siasat.

Ini kerana, satu laporan telah dibuat oleh seorang wanita yang terlibat dan juga merupakan tuan empunya video yang telah tular sekitar media sosial.

Video terbabit telah dimuat naik di akaun Facebook dan TikTok peribadi milik wanita tersebut yang bernama Tir Thira.

Advertisement

“Video itu memaparkan seorang individu menghalang sebuah kereta di tempat letak kenderaan sambil mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana dipercayai mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam.

“Saringan awal urin terhadap lelaki itu adalah negatif dan tiada rekod kesalahan lampau,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Tambahnya lagi, orang awam dinasihatkan supaya tidak mencetuskan kegusaran orang awam dengan menviralkan video serta memberikan komen yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Ujarnya, perbuatan penyebaran yang tidak bertanggungjawab adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
@malaysianupdatenews Video tular lelaki mabuk hambur kata-kata kesat pada wanita telah ditahan polis. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel