Connect with us

Terkini

Bapa sanggup ikat jamin anak guna wang simpanan tabung haji walaupun setelah 5 kali ditahan atas jenayah sama

Seorang peguam yang bernama Aminahtul Mardiah telah membuka cerita semasa menjadi Majistret suatu ketika dahulu yang telah dikongsikan di laman TikTok. Dalam cerita tersebut, semasa sedang mengendalikan prosiding di mahkamah, Aminahtul telah berhadapan satu peristiwa sedih iaitu pengorbanan seorang bapa kepada anaknya yang menjadi Orang Kena Tudung (OKT).

Si anak yang berusia 28 tahun itu telah ditangkap kerana terjebak dengan jenayah memiliki barang terlarang iaitu dadah. Si anak itu boleh dibebaskan melalui ikat jamin. Lalu, terus si ayah yang sudah tua bertongkat serta tangan terketar-ketar bangkit untuk menjamin si anak dengan menggunakan wang simpanan Tabung Haji miliknya.

Apa yang memeranjatkan adalah itu bukanlah kali pertama si anak itu ditahan, malah telah mempunyai 4 rekod  jenayah lampau dengan kesalahan yang sama. Aminahtul turut berkongsi perasaannya sangat sebak ketika itu dan terus menyerahkan semula wang jaminan kepada si ayah dengan berkata sudah cukup masa warga emas itu untuk melepaskan anaknya kerana ini adalah kali kelima si anak terlibat dengan jenayah yang sama.

Video terbabit telah tular dengan memiliki ratusan ribu jumlah tontonan. Orang ramai yang menonton video tersebut turut berasa sedih bagi pihak warga emas itu. Semoga kisah ini dijadikan sebagai pengajaran untuk anak-anak di luar sana dan janganlah menyusahkan mak ayah kita yang telah tua.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Bapa sanggup ikat jamin anak guna wang simpanan tabung haji walaupun setelah 5 kali ditahan atas jenayah sama. #malaysianupdate #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #newsattiktok #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel