Connect with us

Global

Kematian Yang Dicemburui, Wanita Meninggal Dunia Saat Bertadarus Di Masjid

JAKARTA– Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia ketika sedang khusyuk mengalunkan ayat suci Al-Quran di Masjid Jamie Baabusalaam, Bandung pada Ahad lalu.

Rakaman yang menyaksikan detik-detik ketika kejadian telah dirakam oleh jemaah lain yang berada di situ dan menjadi tular.

Menurut laporan Detik News, dalam rakaman tersebut dapat dilihat wanita tersebut sedang duduk di bahagian tengah dan dikelilingi jemaah lain di masjid tersebut.

Ketika sedang khusyuk membaca Al-Quran, dia tiba-tiba menundukkan kepala dan tidak lama selepas itu terbaring tidak sedarkan diri.

Advertisement

Menurut Pengurus Dewan Kesejahteraan Masjid (DKM), Ate, wanita yang dikenali sebagai Roro Rohanah, 67, itu merupakan ahli majlis taklim yang kerap ke masjid.

“Selepas selesai solat subuh wanita itu akan mengaji. Dia selalu ke sini untuk belajar mengaji,” katanya.

Sementara itu, ketika kejadian itu berlaku, Ate berkata dia yang ketika itu berada di luar masjid terus bergegas masuk selepas mendengar bunyi kecoh.

Jelasnya lagi, dia mendapati Allahyarhamah telah meninggal dunia pada ketika itu.

“Jenazah wanita itu terus dibawa ke rumahnya untuk dimandikan, dia juga dikebumikan pada hari yang sama,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, ahli keluarganya tidak menyangka bahawa Allahyarhamah akan meninggal dunia ketika beribadah. Anak bongsunya yang dikenali sebagai Nani berkata ibunya keluar dari rumah dalam keadaan sihat.

“Saya terkejut kerana ibu tiada apa-apa penyakit, rasa tidak sangka.

“Tiada yang janggal sebelum pemergiannya, dia memberikan makanan kepada rakan-rakannya seperti biasa,” katanya.

Manakala, anak sulung Roro yang dikenali sebagai Sari berkata bahawa ibunya seorang yang rajin beribadah.

Malah, hampir setiap hari ibunya ke masjid untuk bertadarus sepanjang bulan Ramadan ini.

Advertisement

“Ketika bulan biasa, dia akan pergi pada setiap Rabu dan Ahad, pada bulan puasa ini dia akan pergi setiap hari selepas subuh,” katanya.

Tambahnya lagi, ibunya akan menjadi orang terawal yang sampai ke masjid.

Jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Awam Cikutra, bersebelahan dengan kubur bapanya yang meninggal dunia sejak 10 tahun lalu.

Sumber: Detik News

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel