Connect with us

Terkini

Boy Iman nafi menipu peniaga di WTC

Baru-baru ini kecoh di media sosial peniaga-peniaga naik berang apabila Karnival Aidilfitri yang mereka sertai dibatalkan saat akhir dan ditunda ke tarikh baharu yang sepatutnya berlangsung di World Trade Centre (WTC) pada 19 April sehingga 21 April.

Ramai peniaga meluah rasa tidak puas hati, hal ini kerana mereka telah mengeluarkan modal yang besar untuk menyertai Karnival Aidilfitri itu yang telah memakan puluhan ribu ringgit.

Pada hari kejadian di WTC, ada sesesorang telah memetik nama Boy Iman dan mengatakan bahawa Boy Iman adalah orang yang berada di sebalik penganjur. Hal demikian telah dinafikan oleh Boy Iman di akaun Instagram miliknya. Dia berkata, dia bukanlah pemilik syarikat namun sebaliknya dia hanyalah pekerja yang makan gaji.

Dia juga berkata bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap akaun, perjalanan, SOP dan keputusan yang dibuat syarikat selagi mana syarikat masih beroperasi dan mempunyai pemilik serta lembaga pengarah.

Dalam ‘story’ Instagram bekas pelakon itu juga menyuruh orang ramai untuk memeriksa sendiri di Google dan merujuk lesen SSM untuk mengetahui siapa pemilik syarikat yang sebenarnya.

Advertisement

Boy Iman juga menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dan menyebar fitnah terhadap dia kerana jika berterusan, dia akan mengambil tindakan undang-undang.

Dia juga menyertakan bukti gambar ID pekerja dan kad bisnes miliknya untuk menunjukkan bahawa dia hanyalah pekerja di syarikat tersebut.

@malaysianupdatenews Boy Iman nafi menipu peniaga di WTC. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment #boyiman ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel