Connect with us

Terkini

Didie Alias minta Boy Iman bertanggungjawab selepas didakwa ‘menipu’ ratusan peniaga di WTC

Kecoh baru-baru ini Boy Iman didakwa telah menipu ratusan peniaga termasuklah golongan artis yang sudah membuat pembayaran deposit untuk menyertai Karnival Aidilfitri Hoorey X Fest di World Trade Centre (WTC).

Namun Karnival Aidilfitri berkenaan telah dibatalkan akibat penganjur telah menarik diri di saat akhir. Lebih memilukan, segala modal sudah pun dikeluarkan dan terdapat juga peniaga habis puluhan ribu ringgit kerana mahu mencari rezeki di saat akhir.

Pertemuan telah diadakan bersama ketua penganjur semalam dan kesemua peniaga terkilan kerana mereka baru tahu bahawa di sebalik pengurusan acara itu adalah Boy Iman. Bukan hanya peniagabiasa yang ditindas, malah peniaga dari jenama-jenama besar turut terjerat dan didapati mereka telah membayar penuh wang untuk menyewa tapak di WTC.

Hal ini telah mendapat perhatian Yusuf Azmi dari Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia yang mana dia cuba menghubungi bekas pelakon itu sendiri. Namun, dia hanya dapat bercakap sebentar sahaja dengan Boy Iman sebelum panggilan tersebut terputus tanpa sempat mendengar penjelasan yang lebih lanjut.

Selepas itu, Boy Iman memaklumkan bahawa dia kononnya akan mencagarkan beberapa buah kereta miliknya untuk membayar ganti rugi kepada peniaga-peniaga yang terlibat.

Advertisement

Baca: Boy Iman nafi menipu peniaga di WTC

Terbaharu, Didie Alias yang juga terlibat dalam karnival berkenaan berasa kesal kerana namanya turut dikait dengan aktiviti penipuan tersebut. Dia juga berpesan kepada Boy Iman supaya bertanggunggjawab dan pulangkan semula wang deposit yang telah dibayar oleh peniaga-peniaga tersebut. Tambahnya lagi, dia meminta Boy Iman supaya jangan menganiaya orang dan berani tampil menghadap peniaga-peniaga yang ditindas itu.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Didie Alias minta Boy Iman bertanggungjawab selepas didakwa ‘menipu’ ratusan peniaga di WTC. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #boyiman #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel