Connect with us

Jenayah

Gadis curi kad debit ibu saudara tiri mengaku tidak bersalah

                          Tertuduh, Nur Humaira Shanuk Haziki

KUALA LUMPUR: Gadis yang tular baru-baru ini di media sosial kerana disyaki mencuri kad debit milik ibu saudara tirinya dan mengeluarkan RM8,200 untuk membeli telefon pntar jenama iPhone 14 Pro telah didakwa pada 18 April lalu di Mahkamah Majistret

Tertuduh yang bernama Nur Humaira Shanuk Haziki, 21, mengaku tidak bersalah selepas petuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nadia Othman.

Menurut laporan yang dipetik dari Astro Awani, berdasarkan pertuduhan utama yanga gadis itu didakwa telah mencuri kad debit Nor Farah Hanim Mohd Alias, 26, dan mengeluarkan wang sebanyak RM8,200 di sebuah pangsapuri di Chow Kit pada 23 dan 24 Mac lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM150,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duannya, jika disabit kesalahan.

Nur Humaira juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu dengan curangnya menyalahgunakan wang RM8,200 milik mangsa (Nor Farah Hanim) yang dikeluarkan dari akaun bank tanpa pengetahuan mangsa pada tempat dan tarikh sama.

Advertisement

Dia dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Nur Humaira diikat jamin RM4,000 dengan dua orang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menetapkan 18 Mei depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai penahanan seorang wanita kerana disyaki mencuri RM8,200 dari akaun bank ibu saudara tirinya untuk membeli iPhone 14 Pro Max serta barang kemas menggunakan duit yang dicuri. Tertuduh telah ditahan di sebuah premis di Pandan Perdana jam 12.25 tengah malam.

Kejadian itu didedahkan oleh abang mangsa menerusi satu hantaran Facebook menyatakan bahawa suspek mencuri kad ATM berkenaan semasa menumpang tidur di rumahnya.

Advertisement

     Ibu saudara tiri tertuduh, Nor Farah Hanim Mohd Alias

Perbuatan tertuduh kemudian tular menerusi media sosial selepas mangsa melahirkan rasa terkilan apabila layanan baik yang diberikan kepada anak saudara tirinya itu dibalas dengan cara sedemikian (mencuri).

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Gadis curi kad debit ibu saudara tiri mengaku tidak bersalah. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #curi ♬ original sound – Mucien

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel