Connect with us

Global

Pelajar sekolah seronok pandu kereta baharu berakhir dengan tragis, menangis kereta terbalik sehingga rosak teruk

Tular sebuah video di Indonesia memaparkan seorang pelajar sekolah menengah sedang berseronok menari di dalam kereta jenis SUV putih baharu bersama rakannya. Bagaimanapun, pengakhirannya berakhir dengan tragis.

Dipetik daripada laporan garut suara, sebuah akaun Instagram @memomedsos memuat naik video seorang remaja lelaki memakai cermin mata dipercayai pelajar sekolah menengah bersama rakan perempuan sedang menjerit sambil menari di dalam kereta.

Namun, selepas beberapa saat, video tersebut menunjukkan keadaan kereta yang telah terbalik 180 darjah, rosak teruk dan kelihatan sekumpulan remaja mengelilingi kereta yang terbalik itu. Sementara itu, kedengaran seseorang sedang menangis melihat keadaan kereta tersebut.

Berdasarkan sumber lain, kejadian tersebut berlaku di Jalan Bulu Pekoto, Kecamatan Paleteang, Kabupaten Pinrang, Sulawesi Selatan, Indonesia. Menurut Ketua Unit Trafik Polis Pinrang, Agussalim Akib, remaja itu sedang belajar memandu kereta baharu bersama rakannya, namun tidak dapat mengawal kenderaan itu.

Advertisement

“Dia masih belajar memandu (kereta) ditemani dua rakannya. Kerana tidak dapat mengawal kenderaan itu, ia terbabas,” katanya. Difahamkan, ketika remaja itu hendak tekan pedal brek, dia terpijak pedal minyak lalu melanggar sebatang pokok sebelum membelok di Jalan Bulu Pakoro, Kabupaten Pinrang.

Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu, tetapi tiga orang di dalam kereta itu cedera. Namun, keadaan kereta itu rosak teruk. Disebabkan kejadian itu, polis akan memanggil ibu bapa remaja itu untuk disoal siasat.

Video remaja seronok pandu kereta baharu berakhir dengan tragis

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel