Connect with us

Mahkamah

Polis trafik didenda RM30,000 terima suapan lindungi lori

MELAKA: Seorang anggota polis trafik didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini selepas mengaku bersalah menerima suapan RM3,600 bagi melindungi sebuah syarikat pengangkutan pada 2017.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu ke atas Koperal Mohd Hanif Mohamad Zakri, 38, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan dan mahkamah turut mengenakan tambahan lapan bulan penjara sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, didakwa menerima wang berjumlah RM3,600 daripada seorang pengurus syarikat pengangkutan dan dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Islamic Berhad cawangan Ayer Keroh pada 14 Jan hingga 12 Dis 2017.

Mohd Hanif didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Advertisement

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irwan Shah Abdul Samat sebelum itu memohon hukuman setimpal dikenakan kerana kes melibatkan rasuah penjawat awam selain menggunakan jawatan untuk mendapatkan wang secara tidak sah ketika bertugas.

Sementara peguam Azrul Zulkifli Stork merayu agar hukuman minimum tanpa penjara dikenakan memandangkan tertuduh perlu menangggung keluarga termasuk ibu yang uzur serta adiknya yang masih belajar di samping hanya bekerja menjual ikan sejak ditahan daripada bertugas.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa menerima RM300 setiap bulan bagi melindungi tiga daripada lima lori milik pengurus terbabit yang melalui kawasan Jasin daripada disaman polis trafik. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel