Connect with us

Mahkamah

Lawan Arus Hingga Penunggang Ducati Maut, lelaki mengaku OKU & sakit mental

Penunggang motosikal yang melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang Ducati Panigale mengaku Orang Kurang Upaya (OKU) dan menerima rawatan sebagai pesakit mental.

Menurut laporan Sinar Harian, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) iaitu Izleen Ismail berkata, anak guamnya, Mudzyadaha Mohammad telah menerima surat rujukan daripada doktor.

Izleen berkata, anak guamnya yang berusia 42 tahun itu menerima surat tersebut sewaktu ditahan di sebuah hospital di Kajang selain turut mendapat ubat bagi rawatan psikiatri.

“Semasa kejadian, anak guam tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya pelanggaran, jadi saya mohon agar mahkamah membenarkan dia menjalani ujian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Advertisement

Sebelum ini, Izleen berkata, tertuduh merupakan seorang OKU dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran pula berkata, dia tidak membantah dengan permohonan peguam tersebut.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret Amalina Basirah Md To membenarkan tertuduh menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Tertuduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di kilometer 22.2 Lebuh Raya SUKE berhampiran Ulu Kelang sekitar jam 1.10 tengah hari pada 14 Jun lalu.

Advertisement

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel