Connect with us

Politik

Salahuddin Ayub meninggal dunia

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sejak Jumaat lalu disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam, Ahad.

Perkara itu disahkan menerusi kenyataan anaknya, Fatihah Salahuddin, menerusi akaun media sosialnya.

“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada jam 9.23 malam, 23 Julai 2023,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.

Keadaan di perkarangan lobi HSB setakat ini dipenuhi rakan dan ahli keluarga Allahyarham.

Advertisement

Terdahulu media melaporkan, Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan HSB sekitar jam 10.15 malam Sabtu setelah mengalami mual dan muntah-muntah.

Beliau kemudian disahkan mengalami pendarahan otak sebelum menjalani pembedahan pada Sabtu.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel