Connect with us

Jenayah

Bunuh ketua jururawat, lelaki Nigeria dipenjara 35 tahun dan 12 kali sebatan

Seorang lelaki warga Nigeria terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya kepada hukuman penjara 35 tahun kerana membunuh ketua jururawat Hospital Serdang empat tahun lalu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Vazeer Alam Mydin Meera, Ahmad Zaidi Ibrahim dan SM Komathy Suppiah turut memerintahkan Alowonle Oluwajuwon Gilbert dikenakan 12 sebatan.

Pada 16 Mei 2019, negara digemparkan dengan kes pembunuh ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin yang dilakukan oleh lelaki warga Nigeria.

Menurut laporan Buletin TV3, Mahkamah Rayuan telah menggantikan hukuman mati itu kepada penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh empat tahun lepas.

Advertisement

Hukuman penjara 35 tahun ini juga dikira dari tarikh dia ditangkap pada 16 Mei 2019. Keputusan untuk menggantikan hukuman ini adalah kerana pindaaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mahkamah bersetuju dengan peguam Afifuddin Ahmad Hafifi bahawa hukuman mati perlu diringankan kepada hukuman penjara berdasarkan keadaan dan fakta kes.

Pada 4 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Gilbert bersalah kerana membunuh Siti Kharina di sebuah unit kondominium Third Avenue di Cyberjaya antara 12.41 pagi pada 9 Mei dan 2.30 petang pada 15 Mei 2019 dan telah menjatuhkan hukuman mati.

Sumber: Buletin TV3

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel