Connect with us

Kemalangan

Kelebihan seorang hafiz al-Quran, Jasad Ustaz Idris sempurna malah rambut juga tidak terbakar

Jasad salah seorang mangsa nahas pesawat ringan di Elmina dilaporkan berada dalam keadaan sempurna dan memudahkan urusan pengecaman mayat dibuat oleh waris.

Memetik laporan dari Kosmo! jenazah Idris Abdol Talib @ Ramali, 41, yang berada di dalam pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) tidak terjejas teruk dan hanya kemeja yang dipakainya hangus, manakala singlet dan seluar masih melekap pada badan.

Jenazah Ketua Unit Penguat Kuasa Agama Pejabat Agama Islam Raub itu telah disahkan oleh isterinya, Adlina Aishah Ahmad Rusli di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada Jumaat.

Abang ipar mangsa, Ahmad Fariz Ahmad Rusli, 57 memaklumkan yang jenazah Idris telah disahkan sendiri oleh adiknya melihat dari susuk tubuh dan pakaian yang masih melekat dibadannya.

Advertisement

“Adik saya memaklumkan semalam (kelmarin) dia melihat keadaan jenazah masih lagi sempurna dengan hanya patah bahagian kaki dan kecederaan di punggung.

Baju singlet yang dipakai mang­sa masih melekap pada badan, hanya kemeja yang terbakar, malah kemeja masih ada pada bahagian tangan begitu juga seluar yang dipakai arwah,” katanya.

Dalam pada itu, isteri mangsa juga memaklumkan kepada abangnya bahawa rambut allahyarham juga masih elok dan hanya sedikit sahaja terbakar.

Difahamkan, Idris Abdol Talib atau biasa disapa Ustaz Idris merupakan seorang penghafaz Al-Quran.

Merujuk kepada laporan Harian Metro pula, Ahmad Fariz bersyukur kerana jenazah dalam keadaan sempurna dan dia sendiri memegangnya sebelum urusan pengebumian dijalankan.

Advertisement

“Kita dapat dia sempurna, dari hujung rambut sampai ke kaki, lengkap (badannya). Rambut dia juga tidak terbakar, saya sendiri pegang. Dia golongan yang dipelihara oleh Allah SWT,” katanya.

Ditanya keadaan isteri Allahyarham, dia mengatakan adiknya dalam keadaan baik walapun baru sahaja 54 hari melahirkan anak ketiganya. Walau bagaimanapun, dua orang lagi anak arwah berusia 10 dan 14 tahun dilihat masih bersedih serta sukar untuk menerima pemergian bapa mereka.

Fariz juga menyifatkan bahawa adik iparnya itu sebagai seorang yang mudah didekati, baik dan bercakap hanya perkara penting sahaja.

Allahyarham yang bertugas sebagai penguatkuasa di Pejabat Agama Islam Daerah Raub, Pahang telah bercuti tanpa gaji selama setahun kerana mengikuti Datuk Seri Johari Harun sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.

Untuk rekod, seramai 10 mangsa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun terkorban selepas pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, Shah Alam kira-kira jam 2.40 petang, Khamis lalu.

Advertisement

Mangsa yang maut dalam kejadian itu terdiri daripada enam penumpang pesawat, juruterbang, pembantu juruterbang, pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Ketika kejadian, jet persendirian tersebut dalam perjalanan dari Langkawi dan sedang menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang Jaya di Selangor.

Sementara itu memetik Utusan Malaysia, Allahyarham Idris Abdol Talib@Ramali disifatkan seorang yang sentiasa menjaga solat dan mengaji Al-Quran selain rajin bersedekah serta membantu orang ramai.

Abang ipar mangsa, Ahmad Fariz Ahmad Rusli, 51, berkata semua ahli keluarga sememangnya amat menghormati keperibadian mulia arwah selama ini.

“Adik ipar saya itu sepanjang hayatnya bukan saja sentiasa menjaga hubungan dengan Allah malah kepada orang lain. Mungkin amalan itu antara rahmat Ilahi yang masih memelihara jasadnya selepas terkorban dalam tragedi hitam itu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Advertisement

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang juga Hafiz al-Quran itu selamat dimandi dan disembahyangkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Baraq Benus, Bentong, Pahang bagi urusan pengebumian.

Sumber: Kosmo! (Abdul Rashid Abdul Rahman), Harian Metro (Norzamirah Che Noh), Utusan Malaysia(ISKANDAR SHAH MOHAMED)

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel