Connect with us

Global

‘Revenge Porn’, wanita dapat ganti rugi RM5.57 bilion

HOUSTON: Juri Texas mengarahkan seorang lelaki membayar ganti rugi sebanyak AS$1.2 bilion (RM5.55 bilion) kepada bekas kekasihnya selepas mendapati wanita itu menjadi mangsa salah laku pornografi dendam.

Lapor The Guardian, lelaki itu didapati mengganggu bekas teman wanitanya secara dalam talian termasuk berkongsi beberapa gambar intim di media sosial.

Wanita dikenali dengan inisial `DL’ dalam dokumen mahkamah, memfailkan tuntutan saman gangguan terhadap bekas teman lelakinya pada tahun lalu.

Menurut DL, bekas teman lelakinya memburukkan imejnya dengan menyebarkan gambar intim dalam talian tanpa persetujuannya.

Advertisement

“Dengan menggunakan imej diambil kamera keselamatan di rumah mangsa, lelaki itu menyebarkan gambar terbabit di media sosial termasuk tag nama rakan, keluarga dan majikan pada keterangannya.

“Lelaki itu juga menghasilkan laman sesawang dan folder Dropbox yang boleh diakses secara terbuka, selain menghantar gambar terbabit kepada orang ramai menerusi emel,” jelas laporan itu.

Dilaporkan, lelaki itu tidak hadir ke mahkamah mahupun mendapatkan khidmat peguam atau memberi respon terhadap sebarang tuntutan mahkamah untuk perbicaraan itu.

Sebelum ini, peguam mewakili wanita itu memohon juri mengesyorkan ganti rugi sebanyak AS$100 juta (RM463 juta).

Peguam bela DL mendakwa penguatkuasa undang-undang gagal bertindak terhadap beberapa laporan mengenai gangguan lelaki itu sehingga menyebabkan mangsa memfailkan tuntutan saman di mahkamah sivil.

Advertisement

Undang-undang Texas 2015 menjadikan perbuatan berkongsi bahan visual intim tanpa kebenaran seseorang dengan niat membahayakan mereka, sebagai satu jenayah.

Perbuatan itu juga dikenali sebagai salah laku pornografi dendam.

Sementara itu, menurut dokumen mahkamah, pasangan itu sudah tiada persefahaman bersama sejak sekian lama dan akhirnya berpisah pada 2021.

DL kemudian berpindah semula ke daerah Harris untuk tinggal bersama ibunya.

“Lelaki itu didapati masih menyimpan maklumat log masuk akaun emel dan media sosial wanita berkenaan.

Advertisement

“Dia juga mendapat akses kepada sistem kamera keselamatan rumah ibunya yang mana memperoleh gambar intim mangsa.

“Apabila lelaki itu menyiarkan gambar itu dalam media sosial, dia didakwa tag kawan, keluarga dan rakan sekerja wanita tersebut,” jelas laporan.

Menurut peguam DL, gangguan itu menyebabkan anak guamnya cuba membunuh diri dan didiagnosis dengan masalah tekanan pasca-trauma (PTSD).

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel