Connect with us

Mahkamah

Amirudin Saman Sanusi Berkaitan Dakwaan Skandal Projek Sungai Klang

SHAH ALAM, 31 Ogos (Bernama) — Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaannya mengenai projek pembersihan Sungai Klang.

Amirudin, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haijan Omar di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini semalam dengan menamakan Muhammad Sanusi, 49, sebagai defendan.

Pada 9 Ogos lepas, Amirudin telah memfailkan notis tuntutan terhadap Muhammad Sanusi dan menuntut beliau membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam berhubung kenyataan berunsur fitnah dalam satu ucapan di Jitra, awal bulan ini.

Dalam notis tuntutan itu menyatakan, Muhammad Sanusi telah memfitnah kononnya pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu dan pengasas Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan mahu melaksanakan projek bernilai RM10 bilion di Sungai Klang serta ahli perniagaan itu akan menerima 600 ekar (243 hektar) tanah percuma.

Advertisement

Justeru plaintif dalam saman itu menuntut ganti rugi, am, teruk dan teladan yang tidak dinyatakan, serta perintah injunksi untuk menghalang Muhammad Sanusi daripada mengulangi dakwaan itu.

Sementara itu, peguam plaintif, Haijan Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan pemfailan saman tersebut selain memaklumkan mahkamah menetapkan 3 Okt depan untuk pengurusan kes.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel