Connect with us

Kemalangan

Kerap berbual mengenai kematian, jadi petanda ajal enam beranak nahas dalam kemalangan

Berlaku sebuah kemalangan maut di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, membabitkan lima kenderaan iaitu Honda HRV, Proton Wira, Perodua Alza dan Perodua Bezza selain lori membawa muatan pasir, berhampiran Loji Petronas.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah lori muatan pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Ia juga dipercayai berlaku apabila Honda HRV yang bergerak dari arah Kuantan menghala ke arah Segamat memperlahankan kenderaan kerana di hadapannya terdapat kerja pembaikan jalan raya sebelum dirempuh lori pasir berkenaan dari arah belakang.

Enam beranak dilaporkan maut dalam kemalangan terbabit , manakala dua lagi dirawat di Hospital Segamat akibat parah di dada dan badan.

Advertisement

“Lori pasir berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh pula sebuah Perodua Alza dinaiki enam mangsa yang maut itu.

Beliau mengesahkan mangsa yang maut akibat kemalangan itu adalah pemandu Perodua Alza, Amir Ruddin Ismail, 46, serta isterinya Norahimah Noor Muhamad, 43, selain anaknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

“Seorang lagi anak mangsa, Abdullah, 15, dan pemandu lori dirawat di Hospital Segamat akibat parah di dada dan badan,”maklum Ahmad Zamry.

Sementara itu, rakan karib sekerja kepada Amir Rudin Ismail iaitu Mohd. Noor Hamizi, 39, berkata, sejak dua minggu lalu, Allahyarham semakin kerap berbual mengenai kematian, dosa pahala serta hari pembalasan.

Malah, dia juga sering menasihatinya untuk tidak leka dengan hal duniawi dan usah melenghkan waktu solat.

Advertisement

“Saya tidak menyangka kata-kata dan nasihat arwah kepada saya dan rakan-rakan lain yang ada kalanya disampaikan secara santai menjadi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.

“Dia sering menceritakan hal dunia yang sementara, pelbagai perkara yang berlaku tanpa mengira dosa pahala yang terjadi sejak kebelakangan ini dalam masyarakat.

“Saya sudah menganggap dia seperti abang kandung sendiri. Dia juga nasihatkan supaya bersabar dan jangan bertindak di luar batasan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS), di sini pagi ini.

Amir Ruddin Ismail bapa kepada enam cahaya mata itu juga merupakan imam Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang antara enam terkorban termasuk isteri serta empat anaknya dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan petang semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Noor berkata, ketika kejadian Allahyarham Amir Ruddin dalam perjalanan menghantar isterinya yang turut maut untuk pulang bertugas sebagai ustazah di Sekolah Agama Ladang Kemedak di Segamat.

Advertisement

Katanya lagi, Allahyarham Amir Ruddin merupakan seorang yang baik dan taat pada perintah agama. Dia juga tidak menyangka bahawa teguran arwah yang kadang kala serius dan secara berjenaka mengenai soal kematian sejak akhir ini merupakan petanda ajalnya tiba.

Memetik Berita Harian Online, deraian air mata menyambut ketibaan enam jenazah yang tiba di masjid berkenaan pada jam 2.55 petang dan disambut lebih 1,000 orang merangkumi sanak saudara dan sahabat handai.

Jenazah dibawa masuk ke masjid dan disembahyangkan dengan diimamkan anak sulung

Suasana bertambah pilu apabila Abdur Rahman tidak dapat menahan kesedihan melihat satu persatu jenazah ahli keluarganya dibawa masuk untuk disembahyangkan.

Jenazah enam beranak itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong, 4.15 petang kelmarin.

Advertisement

Sumber: Harian Metro (Ahmad Ismail), Berita Harian Online( Alias Abd Rani) & Kosmo! Online (Farahwahida Ahmad)

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel