Connect with us

Kemalangan

Abdur Rahman menangis ketika terima naskah al-Quran hadiah arwah ibu buat arwah adik perempuan

Baru-baru ini nahas kemalangan jalan raya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan telah mengakibatkan seorang remaja berusia 19 tahun, Abdur Rahman Amir Ruddin kehilangan enam insan tersayang sekaligus pada Jumaat lalu.

Pasangan Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, telah terkorban bersama empat lagi anak mereka iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5 mendapat perhatian pelbagai pihak.

Manakala seorang lagi, Abdullah Amir Ruddin, 15, yang cedera parah masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat.

Kerinduan Abdur Rahman terhadap ibunya, Norahimah Noor Muhamad dan ahli keluarganya yang terkorban dalam kemalangan Kilometer (km) 5, Jalan Segamat-Kuantan sedikit terubat selepas menerima naskah al-Quran milik adiknya, Fatimatulzahrah.

Advertisement

Menerusi perkongsian oleh Hanif Jamaluddin di platform Facebook mengenai remaja tersebut mendapat perhatian netizen dan masing-masing tidak dapat menahan sebak apabila melihat keadaan Abdur Rahman.

Menerusi hantaran itu, Abdur Rahman dilihat sebak ketika senaskah al-Quran hadiah pemberian arwah ibunya buat arwah adik perempuannya, Fatimatulzahrah bersempena ulang tahun ke-16 diserahkan kepadanya.

Di atas al-Quran tersebut tertulis pesanan arwah ibu buat arwah adik perempuannya.

“Sanah Helwah (Selamat ulang tahun kelahiran) anakku. Tahniah kakak, 16 tahun sudah kakak bernafas dalam dunia ini.

“Ibu mengharapkan kamu diberikan kejayaan dalam kehidupan dan urusan dunia kamu. Ilmu itu Cahaya. Tanpa cahaya pasti gelap dunia. Timbalah ilmu walau dimana berada.

Advertisement

“Susah senang itu adat dunia. Berikhtiar dan berdoa itu senjata kita. Jadilah anak yang solehah. InsyaAllah,” tulis Norahimah..

Melihat ketabahan dan ujian yang terpaksa dihadapi oleh remaja itu, mereka menyifatkan Abdur Rahman seorang insan yang hebat dan yakin segala perancangan mempunyai hikmah.

“Kamu insan hebat Abdur Rahman. Kamu diuji sedemikian rupa kerana Allah tahu kamu mampu. InsyaAllah pasti ada hikmah terbaik yang Allah telah susun buat dirimu dan adikmu.

“Seluruh manusia mendoakan kesejahteraan buat keluargamu yang telah pergi, tempat mereka di syurga InsyAllah,”

“Allahu sebaknya, moga anak ini diberikan kekuatan untuk teruskan kehidupan.”

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel