Connect with us

Hiburan

“Saya Tak Cabar Mana-Mana Pihak” – Baby Shima Jawab Isu Bergelek Sakan Di Atas Pentas Hausboom

Tular di media sosial mengenai satu video memaparkan sedutan persembahan Baby Shima di karnival musik yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang telah mencuri perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuatnaik di media sosial, memaparkan Baby Shima yang menggayakan baju berwarna perak itu rancak bergelek di hadapan penonton yang hadir menyaksikan persembahannya di Konsert HAUSBOOM 2023.

Memetik laporan BH Online, penyanyi lagu Ikan Di Dalam Kolam itu bagaimanapun tidak melatah dengan kritikan yang dilemparkan.

Baby Shima berkata netizen yang mengkritik tidak berada di tempat kejadian, sebaliknya hanya melihat potongan video persembahannya yang dikongsikan dalam platform media sosial.

Advertisement

“Saya merasakan ia hanyalah gelekan biasa untuk persembahan dangdut.

“Apa yang dikongsikan dalam laman sosial hanyalah potongan video persembahan diambil pelbagai sudut.

“Video yang viral diambil dari arah belakang, jadi kelihatan keterlaluan.

“Sekiranya melihat persembahan secara ‘live’ mereka dapat lihat gelekan saya tidaklah teruk sangat,” katanya kepada BH Online.

“Saya tak cabar mana-mana pihak, walaupun saya tahu apa sahaja yang dilakukan pasti ada yang tak kena di mata netizen.

Advertisement

“Sedangkan jika mengikut dangdut sebenar, gelekan lebih dahsyat lagi. Apa yang ditonjolkan tak sampai 50 peratus,” katanya lagi.

Di sebalik ramai yang memberikan kritikan terhadap penyanyi dangdut ini, persembahan Baby Shima yang penuh bertenaga itu tetap mendapat pujian oleh peminatnya.

Tonton Video: Tular Video Baby Shima Gelek Atas Pentas Hausboom

Untuk info, konsert festival musik Hausboom 2023 menampilkan 35 kumpulan musik tempatan dan juga luar negara iaitu Indonesia dan diadakan selama 2 hari iaitu 9 & 10 September 2023.

Sumber: BH Online (Serimah Mohd Sallehuddin)

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel