Friday, December 12, 2025

Budak setahun dirakam merangkak keluar dari lori remuk cari ibu

September 13, 2023
1 min read

Seorang kanak-kanak berusia setahun yang terlibat dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah lori di wilayah Lampung, Indonesia dirakam merangkak keluar dalam keadaan selamat dari bahagian hadapan salah sebuah kenderaan itu yang remuk, lapor laman berita Detik semalam.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, kanak-kanak bernama Fatih Akbar itu dilihat merangkak keluar dari serpihan kemalangan sebelum berjalan ke arah ibunya, Sri Devi.

Sri Devi ketika itu sedang berusaha untuk keluar dari pintu tempat duduk kelindan yang turut remuk.

Anaknya yang baru belajar berjalan itu kemudian menuju ke arahnya dengan memanjat beberapa serpihan nahas.

Dua buah lori dilihat terbalik dengan salah satu daripadanya berada dalam keadaan melintang di tengah jalan.

Menurut Sri Devi, dia tidak menyedari bagaimana kemalangan itu berlaku kerana dia dan anaknya itu sedang tidur ketika kejadian.

“Saya juga tidak tahu Fatih tercampak ke luar kenderaan. Saya lihat dia sudah berada di luar (lori),” katanya.

Menurut Sri Devi, Fatih kini berada dalam keadaan baik meskipun mengalami beberapa kecederaan ringan. – AGENSI

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Langkah Perlahan Seorang Ayah Penghidap Parkinson Undang Air Mata di Majlis Perkahwinan Anak

MANILA – Dalam suasana majlis perkahwinan yang penuh bahagia itu, para tetamu

PU Rahmat Ikhsan Tular di Aceh – Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

SUMATERA – Bumi Aceh kini berdepan salah satu bencana terburuk dalam tempoh