Friday, December 05, 2025

Angka kematian di Gaza akibat serangan penceroboh Israel meningkat kepada 9,061

November 3, 2023
1 min read

GAZA CITY: Angka kematian penduduk Palestin akibat serangan berterusan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 9,061, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis.

“Mangsa termasuk 3,760 kanak-kanak, 2,326 wanita manakala 32,000 yang lain cedera,” lapor Agensi Anadolu memetik sidang media oleh jurucakap kementerian itu, Ashraf al-Qudra di Gaza City.

Beliau berkata 2,060 penduduk masih terperangkap di bawah runtuhan di Gaza.

“Serangan Israel menyebabkan 135 pegawai perubatan maut dan 25 ambulans musnah,” menurut al-Qudra.

Menurut jurucakap itu, tentera Israel menyasarkan lebih 100 kemudahan penjagaan kesihatan di Gaza sejak 7 Okt.

“Sebanyak 16 hospital dan 32 pusat penjagaan utama tidak dapat beroperasi ekoran serangan Israel selain mengalami kekurangan bahan api,” katanya.

Jurucakap itu memberi amaran tentang “malapetaka kesihatan” di tengah-tengah kekurangan bahan api, yang memaksa generator utama di Hospital Indonesia di utara Gaza berhenti beroperasi, manakala generator utama di Hospital al-Shifa di Bandar Gaza hampir berhenti beroperasi, katanya.

Selain jumlah korban yang besar dan bilangan besar penduduk kehilangan tempat tinggal, bekalan asas untuk 2.3 juta penduduk di Gaza semakin berkurangan akibat pengepungan Israel. -Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan