Connect with us

Mahkamah

Menang Saman Fitnah, Zakir Naik Sumbang Semua Duit RM1.52 Juta Kepada Palestin

Penceramah dan pendakwah terkemuka, Dr. Zakir Naik semalam memaklumkan bahawa beliau akan menyumbang semua duit yang dimenangi dalam saman fitnah kepada Palestin.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di laman facebooknya semalam.

“Saya berhajat mahu menyumbangkan semua jumlah penuh, RM1.52 juta kepada Palestin. Saya berdoa semoga apa yang dilakukan diterima Allah S.W.T,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi pada Khamis memerintahkan defendan, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy membayar amaun berkenaan kepada penceramah berasal dari India itu dalam tempoh 30 hari.

Advertisement

Menurut laporan Sinar Harian, Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan Dr. Zakir Naik selaku plaintif berjaya membuktikan tiga elemen fitnah yang dilemparkan oleh bekas pemimpin negeri itu, empat tahun lalu.

Oleh itu, defendan perlu membayar ganti rugi am sebanyak RM200,000 bagi setiap penyata fitnah (berjumlah RM1 juta). Selain itu, defendan juga perlu membayar ganti rugi teladan RM50,000 bagi setiap penyata (berjumlah RM250,000).

Defendan juga perlu membayar ganti rugi teruk RM20,000 bagi setiap penyata (RM100,000) dengan kos sebanyak RM70,000.

Terdahulu ketika ditemui di luar mahkamah, Ramasamy berkata, pihak peguam akan membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan.

“Saya tidak gembira, fakta merujuk kepada satu perkara sahaja, namun sama ada kenyataan itu fitnah atau tidak, merupakan suatu isu lain.

Advertisement

“Mahkamah memutuskan bahawa lima kenyataan saya ialah memfitnah, mungkin saya tidak bersetuju dengan perkara itu,” katanya.

Pada Oktober dan Disember 2019, Dr Zakir memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya.

Sumber: Dr. Zakir Naik, Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel