Connect with us

Terkini

“Satu Dunia Nampak Kau Pergi Restoran Mewah, Makan Lobster” – Cik Pia Selar Boss Kay Culas Bayar Nafkah Anak

Isu rumah tangga pempengaruh Boss Kay atau nama sebenarnya Khaireel Azlee Abd Aziz dan bekas isterinya sering menjadi perhatian netizen apatah lagi kedua-duanya amat lantang berusara mempertahankan diri masing-masing di media sosial.

Sejak tular video Bosskay melafazkan talak kepada Norsufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia, ramai menyangka dua individu ini tidak lagi mempunyai ikatan namun beberapa hari lalu wanita berkenaan mendedahkan rupa-rupanya urusan penceraian itu belum selesai.

Menerusi laman TikTok, satu video memaparkan bekas isteri Boss Kay iaitu Cik Pia meluahkan rasa marah terhadap lelaki tersebut yang didakwanya culas membayar nafkah anak.

Cik Pia dilihat tidak berpuas hati dengan bekas suaminya yang dilihat hidup ‘bermewah’ tetapi tidak memberi nafkah anak-anak dengan alasan ‘tidak mampu’.

Advertisement

“Tak mampu nak bagi anak nafkah tapi makan dekat restoran mewah. Makan lobster beb, buat live satu dunia nampak kau makan lobster. Malu lah. Kau cakap dalam mahkamah kau tak mampu bagi nafkah sedangkan kau baru balik dari Thailand. Aku sakit hati tengok.”

Dalam siaran langsung yang sama di TikTok, Cik Pia berkata masalah culas melangsaikan nafkah anaknya juga masih berlarutan. Memberikan alasan tidak mampu ketika berunding dalam perbicaraan mahkamah, Cik Pia bagaimanapun menyelar kata-kata lelaki terbabit.

Terus meluahkan isi hatinya, Cik Pia berkata membesarkan anak-anak sendirian bukanlah perkara yang mudah. Pelbagai usaha yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bergelar ibu tunggal demi menyara kehidupannya dan anak-anak.

“Walaupun kita ada adik-beradik, mak ayah tapi mereka pun ada keluarga. Kita tak boleh mengharapkan orang luar. Kalau adik-beradik kita bagi, Alhamdulillah.”

“Tapi kalau adik-beradik kita pun susah, tak akan kita nak mengharapkan adik-beradik kita. Takkan kita nak harapkan belas ehsan jadi kita sendiri kena usaha.”

Advertisement

Jelas Cik Pia lagi, dia bersuara mengenai hal ini kerana sedar ramai lagi kaum ibu-ibu yang teraniaya dan lalui perkara sama seperti yang sedang dilalui olehnya ketika ini.

Terdahulu Boss Kay teruk dikecam ramai susulan tular klip video dirinya melafazkan talak terhadap Cik Pia dan menjadikan ia sebagai ‘hadiah’ ulang tahun buat wanita terbabit.

Menjengah ke ruangan komen di video penjelasan tersebut, netizen tampil memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan Allah S.W.T.

Sumber: TikTok NasShop

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@nasshopp_ No caption, sakit dadanya boleh rasa smpi ke sini :'( #cikpia #foryoupage ♬ A sad, sad, sentimental ballad(1265603) – ayumu tanahasi

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel