Connect with us

Jenayah

Anggota Penguat Kuasa Kantoi Minta Habuan Seks Sebagai Balasan

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang anggota sebuah agensi penguat kuasa di negeri ini kerana disyaki meminta habuan dalam bentuk seks.

Menurut sumber, lelaki berkenaan yang ditahan malam tadi, dipercayai meminta habuan tersebut sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas seorang wanita kerana gagal melaporkan diri disebabkan kesalahan dadah.

                                                                       Gambar Hiasan

Sumber berkata lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika bersama wanita berusia dalam lingkungan 20-an dalam satu operasi khas di sebuah hotel di Johor Bahru kira-kira 7.30 malam tadi.

Sumber menambah wanita tersebut dipercayai gagal melaporkan diri secara bulanan kepada agensi penguat kuasa berkenaan dan bagi mengelakkan daripada diambil tindakan, lelaki berkenaan dipercayai telah meminta habuan seks.

“Wanita tersebut pernah ditahan kerana kesalahan dadah dan sedang menjalani tempoh pengawasan selama dua tahun di sebuah agensi penguat kuasa di Johor Bahru,“ kata sumber berkenaan.

Advertisement

Susulan penahanan tersebut, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi tujuan reman pagi ini dan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Chai Ing Hien telah mengeluarkan perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 13 Nov terhadap suspek.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel