Connect with us

Terkini

Lelaki Blazer Merah Mohon Maaf, Mengaku Sayang Orang Sabah

Pada minggu lalu, tular satu video di media sosial yang menunjukan seorang lelaki memakai blazer merah bertindak ‘mengunci’ leher seorang rider barangan di hadapan sebuah bangunan di Persiaran Tun Razak, Kuala Lumpur.

Video terbabit telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan tindakan lelaki itu tidak berperikemanusiaan kerana menyakiti rider terbabit.

Bukan itu sahaja, rata-rata rakyat Sabah juga berasa marah apabila lelaki terbabit seakan menyoal loghat yang digunakan oleh rider berkenaan yang kedengaran berbeza dari bahasa Melayu.

Susulan kes tersebut, lelaki itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap orang Sabah berhubung kenyataan yang dikeluarkan dalam kejadian terbabit.

Advertisement

Menerusi video yang dimuat naik di TikToknya, dia sedar kenyataan sebegitu telah mengguris hati dan perasaan ramai pihak.

“Saya ingin memohon maaf terhadap orang-orang Sabah ataupun sesiapa yang terasa atas percakapan saya dalam video viral sebelum ini.

“Saya tidak ingin perkara ini terjadi dan saya juga tidak ingin perkara ini berlarutan. Saya betul-betul minta maaf dari hujung hati ke hujung tangan,” katanya.

Dia juga berharap, kejadian tular itu tidak lagi berlarutan dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menyelesaikan kes tersebut.

“Sekali lagi saya minta maaf, supaya benda ini tidak berlaku lagi dan tidak berpanjangan.

Advertisement

“Saya tiada masalah dengan orang-orang lain, juga tiada masalah dengan orang Sabah. Saya sayang semua orang. I love Sabah,” katanya.

Selepas kejadian tersebut tular di media sosial, timbul dakwaan yang mengatakan kedua-dua mereka telahpun berbaik menerusi satu hantaran gambar yang dimuat naik oleh lelaki terbabit di akaun X (Twitter) miliknya.

Namun, dia telah menerima pelbagai kecaman hebat daripada netizen sehingga menyebabkan dia menukar status akaun X miliknya kepada ‘private’.

Terdahulu, lelaki terbabit mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua pihak sudah pun berdamai. Namun, pihak keluarga mangsa menyatakan kes tersebut masih dalam siasatan.

Memetik laporan Kosmo! Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan kertas siasatan berkait kes pergaduhan antara seorang penghantar makanan dan beberapa individu di sebuah premis perniagaan sekitar Persiaran Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2 November lalu telah dilengkapkan.

Advertisement

Jelasnya, kertas siasatan terbabit diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan selanjutnya.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@ranggi017♬ bunyi asal – ranggi017

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel