Connect with us

Kemalangan

Dua Maut Dalam Kemalangan Kereta Dipandu Remaja 16 Tahun

BUKIT MERTAJAM, (Bernama) — Dua maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja berusia 16 tahun yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata kejadian kira-kira 2.30 pagi itu mengakibatkan penunggang lelaki dan pembonceng rakan wanitanya, kedua-duanya berusia 20-an, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Mereka dipercayai baru pulang makan di kedai kawasan Seagate di Bayan Lepas dan mahu balik ke rumah masing-masing di sini, manakala pemandu remaja itu mengalami kecederaan ringan sementara pemandu lori iaitu seorang lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu remaja itu melanggar bahagian lori tersebut lalu hilang kawalan dan menghentam motosikal dinaiki mangsa.
Beliau berkata akibat perlanggaran itu kedua-dua mangsa tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Advertisement

Menurut Tan pemandu remaja itu yang masih bersekolah memandu kereta ibunya dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Mertajam selepas berjumpa rakan di pulau.

Remaja itu katanya kini ditahan reman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Muhammad Sufi Abd Razak di talian 013-4774542 atau 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan. – BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel