Connect with us

Jenayah

Dua Rakan Kena Penjara Kerana Berbogel Di Surau Plaza Tol

Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini menjatuhkan hukuman penjara kepada dua rakan masing-masing lelaki dan wanita selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berbogel di surau plaza tol dekat Yong Peng, Rabu lalu, lapor Buletin TV3.

Lok Kah Hui, 25, dan Yap Win Yin, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca bersama dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Berdasarkan pertuduhan, Lok yang juga penjaga kebun durian dan Yap, pekerja kedai makanan haiwan didakwa berbogel di surau lelaki, dekat Plaza Tol Yong Peng pada jam 8.15 pagi, 8 November lalu.

Susulan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 kanun sama, penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Advertisement

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip.

Terdahulu pihak pendakwaan dalam hujahnya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kesalahan serius dilakukan kedua-dua tertuduh.

“Walaupun, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah dan menjimatkan kos mahkamah, ia tidak bermakna pengakuan itu secara automatik boleh meringankan hukuman terhadap mereka.

“Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam atas perbuatan dilakukan tertuduh iaitu kelucahan melampau dan hukuman perlu dilakukan sebagai pengajaran kepada individu lain,” katanya.

Selepas mengambil kira pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh, hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Lok manakala, Yap, lima bulan.

Advertisement

Mahkamah juga memutuskan hukuman itu berjalan bermula dari tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap 8 November lalu.

Sumber: Buletin TV3

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel