Connect with us

Jenayah

Mayat Wanita Pembuat Roti Canai Ditemukan Separuh Bogel, Dipercayai Dirogol Sebelum Dibunuh

Seorang wanita ditemukan dalam keadaan separuh bogel dipercayai dirogol sebelum dibunuh dengan kejam di sebuah kebun di Kampung Pisang, Lahad Datu pada hari ini.

Lapor Sinar Harian, difahamkan kira-kira 8.15 pagi Selasa, ahli keluarga mangsa menemukan mayat wanita berusia 36 tahun itu selepas majikan memaklumkan ketiadaan mangsa di tempat kerjanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, mangsa bekerja sebagai pembuat roti canai di sebuah restoran dan merupakan ibu kepada lima anak.

“Mangsa dipercayai telah keluar daripada rumah pada jam 6.15 pagi untuk ke tempat kerja dengan melalui laluan pejalan kaki di kawasan semak kebun pisang.

Advertisement

“Menurut saksi, mangsa tidak sampai ke tempat kerja dan pihak majikan bertindak menghubungi ahli keluarganya tetapi menurut mereka, mangsa telah keluar bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perkara itu membuatkan ahli keluarganya mencari mangsa sebelum menemukannya terbaring dalam keadaan tidak bernyawa kira-kira 600 meter dari rumah.

“Hasil siasatan, terdapat kesan hentakan benda tumpul di kepala dan kesan kelar di bahagian leher mangsa selain ditemui dalam keadaan separuh bogel.

“Pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol berdasarkan terdapat kesan air mani yang terdapat pada alat sulit mangsa.

“Selain itu, telefon bimbit milik mangsa juga didapati hilang dan tiada wang tunai ditemui di dalam dompetnya,” ujarnya.

Advertisement

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik untuk dibedah siasat.

Jelas beliau, kes tersebut disiasat di bawah 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

“Polis sedang mengesan suspek dalam kes ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada balai polis terdekat atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Asisten Superintenden Kharuddin Husain di talian 013-9071709,” tambahnya.

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel