Wednesday, December 10, 2025

Pembunuh Along Spoon Terlepas Hukuman Penjara Seumur Hidup

November 17, 2023
1 min read

Bekas anggota polis, Mohamed Ya’cob Demyati yang membunuh penyanyi kumpulan Spoon, Allahyarham Along terlepas hukuman penjara seumur hidup selepas Mahkamah Persekutuan Putrajaya meminda hukuman tersebut kepada penjara 33 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, keputusan dicapai panel hakim Mahkamah Persekutuan pada hari kedua persidangan pada Khamis selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023.

Dilaporkan, Mohamed Ya’cob Demyati, 57, sudah menjalani hukuman di Penjara Kajang selama 23 tahun sejak tarikh dia ditangkap pada 4 Januari 2000.

Keputusan sebulat suara diputuskan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas membenarkan permohonan semakan Mohamed Ya’acob selaku pemohon.

Turut sama bersidang ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Hasnah Datuk Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Pada prosiding yang sama, Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman kepada bekas anggota polis itu atas kesalahan membunuh Along atau nama sebenar Sabi’ul Malik Shafie yang terkenal pada era 90-an.

Mohamed Ya’cob sebelum ini diperintah menjalani hukuman mati namun ia diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

Bagaimanapun, Mohamed Ya’acob terlepas daripada hukuman sebatan atas faktor usia kerana berumur lebih 50 tahun.

Pada 10 April 2002, Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati dia bersalah sepenuhnya dalam kejadian pembunuhan itu.

Pemohon adalah anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dituduh membunuh Sabi’ul Malik yang ketika itu berusia 19 tahun di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999.

Allahyarham Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu Rindunya dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999.

Polis kemudian menjumpai rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

Sementara itu memetik laporan Sinar Harian, Bekas anggota polis berpangkat lans koperal, Mohd Ya’cob Demyati yang membunuh penyanyi kumpulan Spoon era 90-an, Allahyarham Along dibebaskan dari Penjara Kajang pada Khamis.

Peguamnya, Che Muji Che Noh berkata, Mohd Ya’cob, 57, telah selesai menjalani hukuman 33 tahun bermula tarikh tangkap, 4 Januari 2000.

“Insya-Allah dia bebas hari ini, hukuman penjara itu termasuk (ditolak) satu pertiga daripada cuti dan lain-lain, bermakna dia dah menjalani hukuman penjara 33 tahun,” katanya.

Pesalah yang berasal daripada Johor ini dijangka dibebaskan pada jam 5 petang.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh