Connect with us

Terkini

“Kenyataan Rasis” – Komuniti Melayu Champa Kemboja Lapor Polis Kenyataan Wanita Hina Melayu

Baru-baru ini tular satu klip video seorang peniaga wanita kelahiran Kemboja yang telah mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan kenyataan berbaur rasis menghina orang melayu di negara ini yang didakwanya malas.

Perkara itu telah menyebabkan netizen tidak berpuas hati, termasuklah Persatuan Melayu Champa Johor Bahru itu sendiri.

Komuniti berkenaan langsung tidak bersetuju dengan kenyataan wanita itu yang menjalankan perniagaan di daerah ini.

Memetik laporan Kosmo! Wakil Persatuan Melayu Champa Ulu Tiram, Mohamad Nasir Razali, 34, berkata, kenyataan wanita itu sebaliknya tidak mewakili pandangan masyarakat Melayu Champa terhadap rakyat Melayu secara keseluruhan di negeri ini.

Advertisement

“Kami harap tindakan tegas dapat diambil. Hal ini kerana kenyataan seperti itu boleh menyebabkan berlaku ketegangan dalam masyarakat sehingga mengancam keselamatan komuniti kami,” katanya kepada pemberita.

Seorang lagi wakil persatuan itu, Zulkifli Zakaria, 37, pula memberitahu, kenyataan dibuat wanita terbabit memberi imej buruk kepada komuniti tersebut yang mempunyai hubungan baik dengan masyarakat Melayu di sini.

“Kenyataannya tidak boleh diterima sama sekali dan laporan polis dibuat terhadapnya di Balai Polis Ulu Tiram hari ini,” kata peniaga itu.

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai rakaman video berdurasi satu minit tujuh saat memaparkan seorang wanita sedang mengadakan pentstriman langsung di sebuah gedung pakaian muslimah.

Difahamkan, wanita itu yang juga pemilik gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor.

Advertisement

Menerusi rakaman video tersebut, wanita itu mengakui dirinya warga Kemboja, tetapi sudah lama menetap di Malaysia.

Baca: Makcik Kemboja Mohon Maaf

Dalam pada itu, peniaga wanita terbabit dilaporkan telah pun membuat permohonan maaf diatas ketelanjurannya menerusi satu klip video yang lain.

Bagaimanapun sebahagian netizen sangsi dan mempersoalkan keikhlasan permohonan maaf yang dibuat oleh wanita kemboja itu.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel