Connect with us

Terkini

‘Patik Bangga Menjadi Rakyat Negeri Johor’ – Makcik Kemboja Mohon Ampun Kepada TMJ

Seorang wanita yang dikenali sebagai Makcik Kemboja membuat permohonan ampun dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung isu menghina Melayu.

Pemilik gedung tekstil menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor itu yang dikenali sebagai Madame Mariyah tampil memohon ampun menerusi satu video yang kini tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 51 saat itu, Madame Mariyah atau nama sebenarnya Maria Yaakob tampil membuat permohonan ampun susulan pengguna media sosial meminta tindakan diambil terhadap Mariyah.

“Bismillahirarahmanirrahim. Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik Mariyah binti Yaakob daripada Mariyah Holding Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku.

Advertisement

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor. Patik terlalu sedih. Terima kasih Tunku. Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai orang lagi Tunku. Terima kasih sangat-sangat,” katanya sebak.

Baca: Makcik Kemboja Mohon Maaf

Sementara itu, TMJ memberi respon di X selepas pengguna media sosial memohon agar TMJ mengambil tindakan terhadap Mariyah.

Tahun 2018 MP Muar mengatakan zaman Ketuanan Melayu telah berakhir. Tun (Mahathir) dah berpuluh tahun kata ‘melayu malas’. Tapi tak ada pula orang tag saya suruh ambil tindakan.

Advertisement

Untuk rekod, Mariyah menerima kecaman hebat daripada netizen susulan kenyataannya yang mendakwa dirinya keturunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding orang Melayu yang disifatkannya sebagai pemalas.

Susulan itu, Mariyah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung tindakannya itu.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel