Connect with us

Jenayah

Buruh Sawit Dipenjara Kerana Tumbuk Ibu Enggan Beri RM10

TELUK INTAN, 30 Nov (Bernama) — Seorang buruh kebun sawit dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas ibu kandungnya yang enggan memberi wang, pada Isnin lepas.

Majistret T. Ashvinii memerintahkan Chai Chon Tak, 29, dijatuhi hukuman itu bermula tarikh tangkap iaitu pada hari kejadian.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki terbabit dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas Hew Yoke Cheng, 50, yang merupakan ibu kandungnya di sebuah rumah dalam bangunan pejabat DAP, Lorong Taman Langkap Jaya di sini, kira-kira 3 petang 27 Nov lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Advertisement

Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda dari tempoh maksimum pemenjaraan untuk kesalahan di bawah seksyen yang berkaitan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan memohon hukuman bersifat pengajaran dikenakan kepada Chai dengan mempertimbangkan kecederaan kepada wanita berkenaan dan punca tertuduh meminta wang yang berlaku di depan khalayak ramai.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, F. Faustina yang mewakili Chai merayu hukuman minimum dengan alasan anak guamnya yang masih bujang perlu menanggung ibu bapa dan pengakuan bersalah menjimatkan masa mahkamah.

Mengikut fakta kes, Chai meminta wang sebanyak RM10 dan disebabkan ibunya enggan memberikan wang, dia bertindak menumbuk lengan kiri ibunya yang ketika itu berada bersama dua rakannya.

Ibunya yang enggan memberi Chai wang kerana mendakwa anaknya itu menghisap dadah membuat laporan polis kerana kejadian itu sering berlaku, dan bimbang terjadi perkara tidak baik terhadap beliau di kemudian hari.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel