Friday, December 12, 2025

Kena Gilis Tren LRT, Lelaki Maut Selepas Terjatuh Atas Landasan

December 2, 2023
1 min read

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Seorang lelaki berumur 27 tahun maut akibat digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) selepas terjatuh ke atas landasan di stesen LRT Dato’ Keramat malam ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Fabell Md Yasin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.05 malam, dan terpaksa mendapatkan bantuan juruteknik LRT untuk menggerakkan tren kebahagian belakang bagi mengeluarkan mayat lelaki itu.

“Lelaki itu digilis di bahagian kedua-dua belah kaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sementara Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan malam ini berkata susulan kejadian itu jadual perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya terjejas, menyebabkan waktu menunggu yang lebih lama.

Menurutnya perkhidmatan rel alternatif, termasuk perkhidmatan bas sokongan, telah diaktifkan bagi menyokong operasi.

“Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian. Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat kejadian itu, dan atas kelewatan tren malam ini,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain — Majlis Penuh Syahdu di Rinjani Majestic

KUALA LUMPUR – Primadona filem alaf baharu, Erra Fazira, 51, menamatkan status

Tiada Prospek Kejayaan, AGC Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan