Connect with us

Jenayah

Mayat Wanita Warga Asing Ditemui Dalam Simen Kolah Bilik Air

Mayat seorang wanita dipercayai warga asing yang ditemui ditanam dalam simen di bilik air di sebuah rumah sewa mengejutkan penduduk sekitar Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, seorang individu yang tidak mahu dikenali berkata kejadian tersebut diketahui olehnya selepas dia melihat rumah sewa itu dikerumuni oleh anggota polis dan bomba dan difahamkan juga, mayat mangsa dipercayai disimen di dalam bilik air.

“Saya difahamkan bahawa bomba membantu untuk memecahkan simen bagi mengeluarkan mayat itu.

“Kawasan yang disimen itu adalah kolah di dalam bilik air rumah terbabit, namun penyewa sebelum ini mendakwa kolah berkenaan sering bocor,” ujarnya ketika ditemui pemberita Sinar Harian.

Advertisement

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan turut mengesahkan penemuan mayat wanita berkenaan.

Beliau berkata mayat mangsa yang dipercayai merupakan wanita warga asing telah dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

Dalam masa sama jelasnya dua lelaki warga asing sedang dikesan pihaknya untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel