Connect with us

Terkini

Dilapor Hilang Sejak Semalam, Adik Zayn Rayyan Ditemui Meninggal Dunia

Zayn Rayyan Abdul Matiin, kanak-kanak autisme yang dilapor hilang di kawasan kediaman di Apartment Idaman, Damansara Damai tengah hari semalam dilapor telah ditemui meninggal dunia.

Menurut Sinar Harian, mayat mangsa yang berusia enam tahun itu ditemui di anak sungai berhampiran kawasan kediaman sekitar jam 10 malam tadi.

Difahamkan, mayat mangsa telah ditemui oleh sekumpulan penduduk turun membantu pasukan penyelamat dalam operasi mencari adik Zayn.

Mangsa dikatakan telah ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediaman keluarga mangsa.

Advertisement

Susulan penemuan mayat mangsa tersebut, polis kini telah menutup laluan ke belukar kawasan kediaman yang menuju ke lokasi mayat ditemui.

Terdahulu, mangsa disedari hilang sejak kira-kira pukul 1230 tengah hari pada Selasa. Berita kehilangan mangsa kemudian mendapat perhatian masyarakat selepas ibunya membuat hebahan di laman Facebook dan laporan polis.

Pencarian mangsa digerakan dengan penglibatan anggota polis, Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit Anjing Pengesan K9 serta penduduk setempat.

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel