Connect with us

Mahkamah

Dituduh Buat Komunikasi Jelik Kata Orang Melayu Malas, Makcik Kemboja & Anak Bayar Jamin RM25,000

Usahawan wanita yang tular di media sosial baru-baru ini, Mariyah Yaakob, yang mencetuskan kontroversi gara-gara berkata orang Melayu malas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas tuduhan berasingan mengeluarkan kenyataan dan memulakan komunikasi video jelik mendakwa orang Melayu sebagai malas di media sosial.

Menurut laporan Kosmo! Online tertuduh, Mariyah Yaakob, 47, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membuat suatu penyataan melalui aplikasi TikTok dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.

Kesalahan itu telah ditonton kira-kira pukul 6 petang di Bukit Piatu, Kampung Musai dalam daerah Melaka Tengah pada 16 November lalu.

Advertisement

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, anak lelakinya, Ezuan Hafsyam Mohd. Hisyam, 22, turut didakwa dan membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Pemuda itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Mengikut pertuduhan Ezuan didakwa secara sedar menggunakan perkhidmatan aplikasi TikTok dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan satu perempuan iaitu ibunya mengatakan sesuatu yang jelik sifatnya dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.

Sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Advertisement

Sementara itu memetik BH Online, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan Mariyah dan anaknya masing-masing dilepaskan dengan ikat jamin RM15,000 dan RM10,000 berserta syarat dipohon pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula 12 Januari depan bagi serahan dokumen.

Terdahulu Mariyah telah membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun media sosial miliknya selepas dirinya teruk dikritik masyarakat.

Sumber: Kosmo!, BH Online

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel