Connect with us

Mahkamah

Pegawai Kanan Polis Direman Tiga Hari

IPOH, 16 Dis (Bernama) — Pegawai polis yang disyaki terlibat dalam kemalangan membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru di sini semalam, direman selama tiga hari.

Perintah reman terhadap lelaki berkenaan dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki berusia 44 tahun itu direman bermula hari ini hingga Isnin depan, bagi membantu siasatan kes.

Semalam, polis telah menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Yahaya berkata polis menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 12.40 tengah hari melibatkan kereta Perodua Ativa yang dipandu suspek dan motosikal jenis Yamaha yang ditunggang pelajar terbabit.

Mangsa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie meninggal dunia di lokasi kejadian manakala lelaki berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Menurut Yahaya, hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian Muhammad Zaharif Affendi disebabkan kecederaan di bahagian dada dan abdomen akibat daripada kemalangan jalan raya.

Video insiden kemalangan berhampiran SMK Jati itu tular di media sosial memaparkan pelajar berkenaan yang cedera didakwa dilanggar sebuah kereta.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati poster mangsa ditampal pada penghadang tertera tulisan ‘Justice For Muhammad Zaharif Affendi’ di sebuah tapak pembinaan bersebelahan Mahkamah Sesyen/Majistret Ipoh di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel