Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Sun-kyun, disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui mati di tempat letak kereta yang terletak di sebuah taman.
Berita itu disahkan oleh Balai Polis Seongbuk Seoul selepas menerima panggilan daripada isteri Lee Sun Kyun, Jeon Hye-Jin, mengatakan suaminya ada meninggalkan sebuah nota bunuh diri sebelum menghilang.
Polis turut menjumpai arang di sebelah Lee Sun-kyun sekali gus menjadi bukti bahawa pelakon tersebut membunuh diri.
“Memandangkan dia disahkan meninggal dunia, dia tidak dibawa ke hospital,” kata seorang pegawai.
Lee sudah menjalani tiga sesi soal siasat polis atas dakwaan menggunakan marijuana dan dadah haram lain di rumah seorang individu di kawasan Gangnam, Seoul, beberapa kali sejak awal tahun ini, termasuk Sabtu lalu.
Pelakon itu mendakwa dia diperdaya oleh individu itu untuk mengambil dadah dan dia tidak mengetahui apa yang dia ambil.
Lee mendapat keputusan negatif dalam kedua-dua ujian dadah yang dijalankan semasa siasatan polis dan ujian dadah berasaskan makmal oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan bulan lalu.
Sebelum meninggal dunia, bapa kepada dua orang anak itu pernah bercadang untuk menjalani ujian pengesan pembohongan (lie detector test) menerusi peguamnya.
Terdahulu Lee menempa populariti selepas filem Parasite yang menampilkannya sebagai watak utama dan mencipta sejarah menang empat kategori di Academy Awards pada 2020 termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI