Connect with us

Terkini

Segala Aset Telah Dipindahkan Seratus Peratus Kepada Aisyah Hijanah

Pempengaruh media sosial yang juga ahli perniagaan, Aisyah Hijanah, 25, mengingatkan wanita berhadapan situasi sepertinya yang dimadukan oleh suami supaya tidak bertindak terburu-buru kerana mengikut perasaan marah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Aisyah mendedahkan bahawa harta sepencarian antara dia dan Alif telah diserahkan semua kepadanya atas persetujuan mereka berdua.

“Biznillah, Segala hasil titik peluh yang dibina daripada awal bersama suami (aset harta sepencarian), telah dipindahkan 100% kepada milik Aisyah termasuklah share hijanahofficial 100%, rumah, kereta dan aset-aset yang lain.”

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini menegaskan tentang kepentingan memahami hak seorang isteri terutama dalam hal-hal berkaitan dengan perniagaan dan harta.

Advertisement

“Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Lindungi hak dan usaha anda. Catat semua aset bersama dan buat satu perjanjian khas. Kalau mampu upah peguam, silakan. Pada awal mungkin kita akan ‘blur’, tapi bila kita cuba bertenang dan berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Jangan putus asa terlalu awal.”

“Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi kita nak jaminan untuk diri dan anak-anak. Sentiasa minta Allah beri petunjuk dan cari jalan yang terbaik. Anda perlu mengawal emosi anda & bertenang. Jika tidak, semuanya akan musnah.”

Aisyah, 25, turut, menitipkan pesanan buat wanita-wanita yang senasib dengannya agar sentiasa berfikiran waras dan tidak bertindak melulu.

“Bagi wanita yang dipoligamikan, Aisyah harap hantaran ini membantu kalian semua. Poligami bukanlah perkara yang haram, tetapi tidaklah semua wanita boleh menerima.

“Ingat untuk memastikan pastikan diri kalian terjamin dahulu termasuklah anak-anak. Jangan terburu-buru nak bercerai,” pesannya.

Advertisement

Pada 23 November lalu, Alif yang juga pempengaruh media sosial dan pakar motivasi mengumumkan dia sudah bernikah lagi dengan wanita pilihannya dan pendedahan dibuat bertujuan mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel