Connect with us

Terkini

Derita Sakit Kanser, Sajat Mohon Maaf

Transgender asal daripada Malaysia, Nur Sajat yang kini menetap di Australia mendedahkan sesuatu yang mengejutkan ramai orang terutama sekali pengikutnya ketika live.

Melalui keratan klip live TikToknya baru-baru ini yang dimuat naik oleh pengguna platform itu, Sajat mendedahkan dirinya kini hidap penyakit kanser.

Pendedahan Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 39, yang sedang sakit dan menunggu ajal turut meraih simpati orang ramai.

“Saya sebenarnya sakit, sakit kanser.

Advertisement

Sajat menambah bahawa peminatnya tidak perlu berasa sedih dengan dugaan yang menimpa dirinya.

“Korang tak perlu rasa sedih, kerana saya masih boleh berhibur walaupun menghidap kanser. Bagi saya itu cukup membuat diri saya rasa seronok.

“Tapi, kalau tiba-tiba saya senyap maksudnya saya dah tiada lagi,” katanya sambil menangis di siaran langsung terbabit.

Namun begitu, sakit yang dihadapi oleh usahawan itu masih belum dapat dikenal pasti sama ada benar ataupun tidak.

Untuk info, Sajat dilaporkan larikan diri ke Australia selepas dirinya ‘dikejar’ oleh pihak berkuasa tetapi dia tidak mengakui hal itu dan berkata hanya ‘berhijrah’ ke sana.

Advertisement

Rata-rata rakyat Malaysia masih mengikuti perkembangan hidupnya menerusi media sosial kerana gelagatnya mencuit hati ramai orang.

@malaysianupdatenews Semoga menjadi asbab ke arah hidup yang lebih baik..Get well soon sajat ! #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #sajat #cancer #kanser #fyp #fypシ ♬ မူရင်းအသံ – Blue mark

Terkini Sajat menafikan dirinya menghidap kanser sebaliknya doktor hanya mengesyaki dia menghidap penyakit berbahaya itu berikutan berat badan turun mendadak.

Sajat berkata, doktor menyarankan dia menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh serta menjalani Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan).

“Saya hanya disyaki hidap kanser bukannya betul. Doktor syak ada kanser sebab terkejut tengok saya kurus mendadak sebab dia kenal saya.

“Dia tanya ada pening-pening ke? Dia periksa tekak, mata dan minta jalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan juga CT Scan.

Advertisement

“Biasalah doktor dekat sini akan tanya macam-macam bila tengok kita kurus. Lagipun dia tahu kita ada kad kesihatan jadi dia nak buat ‘claim’ lah tu,” jelasnya lagi ketika sesi siaran langsung di TikTok.

“Saya kurus sebab masuk kelas menari, lepas itu saya juga tukar rutin diet. Doktor sini akan tanya macam-macam, bila tengok kita kurus, dia akan suspek bukan-bukan.

“Tak tahulah betul atau tidak, kalau betul pun biarlah. Tak kuasa, malas nak fikir. Lagipun anda semua bukan sayang saya pun,” katanya lagi.

Sajat juga berkata dia berasa tertekan apabila berat badannya yang semakin susut dipersoalkan setiap kali tampil bersiaran langsung di TikTok.

“Anda semua pun asyik tanya sama ada saya sakit? Benda itu buatkan saya jadi emosi, sudahlah saya seorang diri di sini.

Advertisement

“Di sini doktor cakap saya sakit, anda pun asyik cakap yang sama. Sakit hati pula saya dengar, saya harap ia sekadar andaian bukan betul-betul,” jelasnya lagi.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel