Connect with us

Terkini

Anak Kakitangan Hospital Maut, Tertinggal 4 Jam Dalam Kereta

SHAH ALAM, 1 Feb (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di parkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada seorang pegawai perubatan hospital itu pada 8.01 malam hari yang sama.

“Semasa ditinggalkan mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu kanak-kanak itu berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital hanya menyedari kejadian terbabit selepas dihubungi suaminya pada 6 petang.

“Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bedah siasat sudah dijalankan pada 2 petang semalam dan punca kematian belum diperoleh kerana masih menunggu analisis makmal.

Advertisement

Mohd Iqbal berkata hasil siasatan mendapati mangsa ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di dalam kereta selepas diambil dari sebuah taska berdekatan sekitar 2 petang.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Inspektor Syer Aidid di talian 013-6544996.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel