Connect with us

Terkini

Najib Dibebaskan Ogos 2028, Denda Dikurangkan Kepada RM50 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028 susulan keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.

Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya membuat keputusan itu dalam mesyuarat ke-61 pada 29 Jan lepas.

Kenyataan yang dikeluarkan Urusetia Lembaga Pengampunan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri hari ini memaklumkan, denda yang perlu dibayar Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

“Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Kenyataan itu turut memaklumkan sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun, dengan tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

Kenyataan itu juga memaklumkan lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan itu yang dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selasa lepas.

Najib, 70, yang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Sept 2022.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas masing-masing tiga pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram serta satu pertuduhan salah guna kedudukan.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel