Connect with us

Terkini

Anak pemilik homestay tampil bersuara, dakwa penginap biadap dan lewat dua jam setengah

Anak pemilik homestay tampil bersuara mewakili ibunya berhubung video tular yang didakwa berkelakuan biadap terhadap tetamu yang menginap di rumah tersebut.

Menurut anak pemilik homestay yang terletak di Hospital Bahiyah Alor Setar, Kedah, tetamu yang menginap di rumah tersebut sebenarnya lewat dua jam setengah dan bukannya sejam seperti mana dimaklumkan sebelum ini.

Jelasnya, mereka telah memberi kelonggaran untuk mendaftar keluar sehingga pukul 1 petang tanpa mengenakan sebarang caj tambahan.

Advertisement

Teks di bawah ini adalah penjelasan dari anak pemilik homestay manakala video adalah daripada pelanggan homestay.

“Assalamualaikum awat tuan tak cerita penuh dari awai? Lewat sejam ja jgn tipu tuan, cleaner saksi. Bagi saya jelaskan apa yg terjadi hari ni.

Pukul 1pagi tadi, masuk ws minta utk keluar pukul 2. Mak reply subuh pagi tadi pukul 6.27am bagitau kata kena check out paling lewat pukul 1 sebab ada org nak masuk pukul 3pm. (Boleh tengok screesnhot ws) Mak dh bg kelonggaran checkout sejam lambat tak cas apa pun, percuma saja. Pukul 1pm mak hantar mesej kata check out pukul 1 nak kena cuci dah satgi tak sempat nak siap guest lain pukul 3pm dh nak masuk. Tiada reply dari pihak tuan. Semua boleh tgok dlm screenshot ws dlm video tu. Cleaner sampai pukul 1:30-135pm, dia pi ketuk pi bagi salam cakap habis sopan kata dia nak kena masuk cuci satgi tak sempat org nak check in dah. Salah sorg team tuan( cleaner kata yg menjerit tu rasanya yg buka pintu) buka pintu dan kata ok ok. Cleaner tunggu bwh pokok panas, sambil sambil dia lalu tengok tak keluar keluar jugak, masih bertuala kehulu kehilir mcm takdak gaya org kalut2 bersiap nak keluar pun. 1:50,2pm cleaner mai tgok lagi tapi masih bertuala. Mentang-mentang cleaner tua umur dh setengah abad hampa buat taktau saja, dia duk tunggu tgh panas kedah ni. Cleaner call mak kata tuan masih tak check out. Mak terus kelam kabut siap2 pi homestay. Masa tinggal sejam saja lg nak cuci rumah. Mak call tuan dan team tuan berkali kali tak angkat, tu saya ada sertakan screenshot sekali call log mak. Yg mak save fatin tu no tuan, yang *7/2tulip* tu team tuan. 2.02,2.04, 2.08 call tak angkat. Mak call pulak team 2.03, 2.05, 2.08. Tak angkat jugak.

2:10pm cleaner pi lagi tengok masih bertuala kehulu kehilir. Tak baik tuan buat mcm tu, susahkan kerja org, bila org mai bagitau elok2 tolong hormat tambah tambah org tua.

2.20-2.25 mak saya sampai homestay. Mak saya tanya pasaipa tak keluar lg makcik dah bg masa lama sgt dh. Dah lebih kurang 2 jam setengah lewat check out. Tuan dan team tuan boleh layan mak saya macam tunggul, buat taktau saja, yg masih bertuala kehulu kehilir. Takdak sapa pun berkemas angkat beg mcm nk checkout. Beg duk ada dlm bilik lagi kat ruang tamu pun barang byk lagi. Boleh tengok dan dengar dlm video perakam kata tolong ambil barang dalam bilik air, cabut-cabut charger sat, siap ada yg bertuala lagi. Nampak dak depa tak dak usaha pun nak laju-laju siap dari 130pm cleaner mai, kalau berani tunjuk la sekali waktu rakaman dlm phone pukul berapa video ini diambil sama ada betul ke dari yang tuan cakap lewat satu jam.

Advertisement

Video ni sebenarnya pukul 230pm. Dekat mana yang satu jam lewat tuan? 2 jam setengah dah lewat.

Masa ni pergaduhan berlaku, mak saya start marah2 kata kena keluaq dah rumah nak kena cuci guest seterusnya dah ws tanya. Hampa maki hamun mak saya. Satu taman dengar. Tuan takdak hati perut ka buat org tua macam tu, mak saya cakap buat taktau ja tak kalut kalut nak siap pun. Duk asyik melawan gaduh dengan mak. Mak saya kutip beg yg ada dekat situ lempaq letak luaq. Brg byk dkt ruang tamu takdak gaya mcm bersiap pun. Hampa orang muda pandai la ambik video nak bagi viral, awat hampa tak ambik video dari awai nk tunjuk adab hampa dari mula tu. Tau la mak saya org tua gaya org2 kampung, macam tu sekali tuan layan dia. Ya saya tahu tuan nak bayaq late check out, saya tau tuan kaya tapi duit bukan segala segalanya saya nak habaq dekat tuan. Tolonglah hormat peraturan perniagaan orang, macam mana mak saya tak naik angin, dari awal dah biadap dengan dia buat taktau saja bila habaq kena check out dah, ada duit bukan boleh bagi tuan kelepasan utk buat apa2 saja yang tuan suka. Satgi guest seterusnya terpaksa masuk lewat sebab tuan ada duit banyak dan boleh bayar. Macam tu adil ka tuan? Tuan pun bagitau tuan berniaga takkan tak boleh nak faham struggle nak atur perniagaan. Hormat tu takdak langsung. Mak saya dah bagi kelonggaran checkout lambat sejam sampai pukul 1 percuma tak ambil bayaran apa pun, mak ws bagitau elok kena check out tak balas, call berkali kali tak angkat. Cleaner mai 130 bagitau nak masuk cuci, hampa boleh buat taktau saja mmg tak beradap. Lepastu hampa nak viral bila orang marah.

Tu saya tengok nasi berterabur mak saya lempaq, hampa tengah makan nasi ka pukul 230pm? Sampai hati hampa buat orang tua mcm tu noh, hampa dh tau 130pm tu cleaner mai habaq kena checkout dh paihtu hmpa boleh makan nasi lagi. Tengok dalam video pakai tuala lg pukul 230pm, ikut logik akal tak ke sengaja tu buat taktau saja kita dh bagitau elok2 kena check out nk cuci rumah dari 130-230 masih bertuala.

Masa duk bertengkaq dengan mak saya ,team tuan kata pi sembahyang jumaat, tolong jangan menipu. Cleaner kata dari 130 dia ada kt situ saja, masa dia lalu pi tgok pun masih bertuala, takpi pun jumaat. Allah pun hampa tipu, ni kan pulak mak saya. Lepastu boleh pulak tuan reply pukul 2:25pm dekat ws kata maaf baru tengok phone. Yang tadi cleaner mai ketuk pintu 1:30pm bagitau nak cuci tu tak alert lagi ka, masatu dh lambat. Tak boleh ka cepat2 siap. Ni sampai 55min masa dari 130pm tu tak cukup lg ka masa nak bersiap? Ka sengaja tuan lambat2. Sampai mak saya nak kena tolong kemas sekali walaupun dah panggil cleaner.

Tuan betul2 keluar 240pm. Tinggal 20 min ja lagi sebelum pukul 3pm waktu check in, melampau. Mak nak kena menjawab pulak dekat guest yg nk check in, tolong la hormat peraturan business orang tuan. Jangan buat macam ni. Mak saya pun salah duk pi lempaq beg letak luaq. Saya dah tegur dah kata lain kali kalau jadi lg macam ni jgn duk marah2 macam ni, terus call polis, bagi polis selesaikan masalah tetamu macam tuan ni.

Advertisement

Akhir kata minta maaf banyak banyak dari pihak kami. Saya cuma nak jelaskan sekali saja apa sebenarnya yang berlaku tadi. Tuan boleh nafikan mana2 part dalam cerita saya yang fitnah kalau ada, ni saya tanya sendiri saksi cleaner dengan mak beserta bukti ws dan call. Tuan doakan business kami melingkup, andai kata jadi takpa kami redha. Kami tak takut, kami percaya Allah tu maha adil. Kami takmau doa buruk-buruk dekat business tuan. Sekian

Terima kasih”

@malaysianupdatenews Benda boleh bincang elok-elok kan… #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #fyp #homestay ♬ original sound – Malaysian Update

Sumber: Tulip Homestay Hospital Sultanah Bahiyah

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel